25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Restoran runtuh, 17 terbunuh

Beijing: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh selepas sebuah restoran di utara China runtuh.

Bangunan dua tingkat di daerah Xiangfen, di wilayah Shanxi, yang digunakan untuk jamuan makan itu runtuh pada waktu pagi, menurut stesen penyiaran CGTN.

Agensi berita Xinhua melaporkan terdapat 45 mangsa dibawa keluar dari runtuhan bangunan.

Daripada jumlah itu, 17 orang disahkan meninggal dunia, tujuh orang parah dan 21 orang mengalami cedera ringan.

Seramai 700 orang terbabit dalam operasi menyelamat, kata CGTN.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.