24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Restoran terkenal miliki Sijil Halal JAKIM disyaki guna daging babi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah restoran terkenal, di sini, semalam, kerana disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal dalam mi kari yang dijual.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata ia susulan tular rakaman video dalam media sosial mendakwa restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

“Berikutan itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak di Subang Jaya itu kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan dalam penyediaan menu mi kari untuk pelanggan.

“Ketika ditanya anggota, pengurus restoran itu menafikan bahan terbabit adalah daging babi, sebaliknya mendakwa ia daging ayam yang diperap dengan perencah barbeku.

“Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar. Pengurus itu juga mendakwa bekalan bahan mentah itu dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis itu memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang masih dalam tempoh sah hingga 30 November ini.

“KPDNHEP Selangor turut menyita Sijil Halal JAKIM itu serta dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

“Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

“Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda seperti bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Beliau sekali gus menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang Sijil Halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta menekankan aspek kesucian dan kebersihan untuk menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

“Pemeriksaan sama terhadap cawangan restoran berkenaan turut dijalankan oleh pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, Kajang dan Gombak membabitkan seramai 15 anggota,” katanya.

Beliau mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan isu halal oleh pihak pengusaha makanan dan minuman, dengan melaporkannya melalui Hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

“Orang ramai juga boleh menyalurkannya melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp menerusi talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif,” katanya.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...