- klik-klik iklan
-klik iklan-
Home GAYA HIDUP Restoran Tomyam Ada Di Setiap Ceruk Semenanjung

Restoran Tomyam Ada Di Setiap Ceruk Semenanjung

Populariti masakan Thai di negara ini sejak lebih tiga dekad lalu tidak dapat dinafikan sehinggakan pada hari ini restoran tomyam wujud hampir di seluruh pelosok negara.

- Advertisement -

Di kebanyakan restoran biasa juga sekurang-kurangnya ada masakan Thai dalam menu hidangan yang mereka tawarkan kepada para pelanggan.

Dengan perkembangan ini, tidak hairanlah kini ada kira-kira 120,000 tukang masak warga Thai, terutamanya dari Selatan Thailand yang terlibat dalam perniagaan ini di Malaysia, menurut Persatuan Pemilik Restoran Tomyam Thai di Malaysia.

Persatuan itu juga mendakwa dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 restoran tomyam di negara ini diusahakan sendiri oleh warga Thai yang menggunakan khidmat tukang masak dari Thailand.

Persatuan Pemilik Restoran Tomyam Thai di Malaysia, ditubuhkan tiga tahun lalu dengan kerjasama Southern Border Provinces Administrative Centre (SBPAC) dan Kedutaan Thailand di sini.

Presiden persatuan itu, Chefri Malasae berkata sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, bahawa persatuan itu ditubuhkan dengan tujuan menjaga kebajikan dan membantu warga Thai yang bekerja di restoran tomyam di Malaysia.

- Advertisement -

Beliau berkata kebanyakan restoran tomyam di negara ini menggunakan khidmat tukang masak dari Thailand untuk menjamin keaslian rasa masakan Thai di restoran masing-masing.

Hidangan masakan Thai digemari oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan faktor pendapatan lebih lumayan dari perniagaan ini telah menarik minat ramai tukang masak warga Thai untuk datang ke negara ini mencari rezeki, kata Chefri yang berasal dari Wilayah Songkhla, Selatan Thailand.

Chefri mendakwa sebahagian besar daripada restoran tomyam yang diusahakan warga Thai adalah di ibu negara dan di Selangor.

Tinjauan Bernama mendapati ada sebilangan daripada warga Thai yang kini menjadi tukang masak di restoran tomyam di sini datang ke Malaysia tanpa sebarang kemahiran dalam bidang ini namun pengalaman sebagai pekerja am di restoran berkenaan akhirnya menjadikan mereka sebagai tukang masak yang berkemahiran.

Ahmad Talik, 24, seorang tukang masak yang berasal dari Narathiwat, berkata beliau berasa bertuah diterima sebagai pekerja am di sebuah restoran tomyam di Kuala Lumpur, lapan tahun lepas.

“Waktu itu saya cuma menjalankan tugas sebagai pencuci pinggan mangkuk, pelayan dan pembantu tukang masak namun selepas tiga tahun bekerja, saya mula belajar memasak daripada tukang masak Thai di situ sehinggalah saya menjadi seorang tukang masak mahir pada hari ini.

Bandar besar ini menjadi sumber rezeki bagi saya, dengan kota yang besar ramai pelancong dari dalam dan luar negara memasuki Kuala Lumpur, menjadikan restoran tempat saya bekerja dikunjungi ramai,” katanya.

Beliau yang bekerja di Restoran Wafa di sini, berasa senang hati dapat bekerja di Kuala Lumpur berbanding kerja di kampung halaman sendiri.

“Sekarang ini bekerja di negara sendiri sangat susah untuk mendapat pendapatan yang cukup untuk perbelanjaan. Saya berasa lebih senang bekerja di sini kerana pendapatan yang saya dapat sangat lumayan untuk belanja makan dan simpanan,” katanya.

Salah sebuah perkampungan di Pattani Thailand | pakdin.my

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan. Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,744FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma. A Srimurugan berkata, undang-undang sedia...

Sekatan jalan diperketat, tiada percubaan rentas negeri

Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman...

Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan. Pengarah Kesihatan...

[Video] Adik kebetulan berhari raya di Hulu Bernam ajak abang jumpa di jambatan Sungai Bernam

Cerita sebenar yang kami dapat dari abang beliau Azli Abu Sien. "Adik lelaki tu duk tg malim... Adik perempuan tu ziarah mertua dia di Ulu...

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas 1 Syawal

Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah...
-klik iklan-

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..