Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am

Global

All countries
233,186,563
Confirmed
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
All countries
208,214,426
Recovered
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am
All countries
4,771,696
Deaths
Updated on September 28, 2021 11:10 11:10 am

Restoran Zende Perkenal Masakan Tradisional Sarawak

Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.
Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.

BAGI mereka yang ingin mencuba keunikan masakan sarawak boleh berkunjung ke Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Festival yang diadakan sehingga 6 Jun ini, membolehkan pelancong tempatan dan antarabangsa mencuba masakan Sarawak yang cukup enak ini.

Pengurus Besar hotel, Mohamad Halim Merican berkata Sarawak merupakan destinasi yang menarik untuk diterokai kerana ia kaya dengan sejarah serta budaya masyarakat pelbagai suku kaum.

“Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya. Antaranya hutan belantara yang hijau, rumah kepada orang utan, pantai yang cantik serta hidupan laut yang unik,” katanya.

Pihak media juga berkesempatan untuk merasai keunikan masakan Sarawak, termasuk Nasi Beras Bario, Manok Pancoh dan Bubur Pedas Sarawak.

Kek lapis Sarawak turut dihidangkan pada Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Kampung Budaya Sarawak, Zaini Zainuddin, yang bercakap bagi pihak chef Sany Kalol dari Sarawak berkata menu yang disediakan terdiri daripada masakan tradisional Sarawak.

kek-lapis
Kek Lapis Sarawak

“Kebanyakan masakan diperbuat daripada ramuan asli dan herba seperti halia.

“Menu yang dihidangkan sepanjang festival ini juga agak jarang ditemui di Kuching,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kami mencuba masakan tradisi masyarakat Bidayuh, yang dikenali sebagai Daging Tepus Bidayuh.

“Daging ini dimasak dengan halia tua untuk mengekalkan rasanya,” katanya.

Satu lagi hidangan yang dicadangkan ialah bubur pedas yang diperbuat daripada beberapa ramuan istimewa.

Sany berkata dia menggunakan bahan-bahan seperti daging lembu, sotong, ayam, sayur-sayuran seperti bawang, serai, cili kering bersama-sama dengan kelapa dan kunyit.

Dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini menjadikan bubur pedas mempunyai rasa tersendiri dan merupakan hidangan yang digemari ramai.

Daging Tepus Bidayuh diperbuat daripada daging tanpa lemak, ringkas dan sedap.

Sayur Midin Belacan sesuai dimakan bersama dengan nasi kerana ia agak masin dan sedikit pedas.

Masakan lain yang turut dihidangkan sepanjang festival berkenaan ialah Manok Pansuh, Umai, Kek Lapis Sarawak, Linut, Mee Tomato dan Daging Kisar dan Murtabak Daging.

Semua masakan ini disediakan untuk bufet makan tengah hari dan makan malam, bermula pada harga RM60 dan RM79.

RESTORAN ZENDE, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Tel: 03-40494351. Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 1 petang, setiap hari.

Berkaitan