25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Reverse Psycho Anwar Ibrahim: Konon ditawar keluar dari Malaysia

Anwar-Algore-london

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin mengharapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu dan menunjukkan sokongan kepada beliau sebagaimana bekas naib presiden AS, Albert Arnold Gore atau Algore.

Terbaru, Algore dikatakan bertemu dengan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu di London.

Dalam posting beliau di akaun Twitter miliknya pada Khamis, Anwar mendakwa Algore menawarkan kepada beliau untuk keluar dari negara ini tetapi ditolak olehnya atas alasan mahu meneruskan perjuangan.

Selain tawaran Algore, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di United Kingdom (UK) berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London, katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang, Khamis.


Sementara itu dalam satu wawancara dengan majalah The Diplomat, Anwar berkata beliau terpaksa akui kini hampir tiada jalan lain lagi dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Kes Liwat II ke atas beliau.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau yakin akan kembali ke penjara kerana menndakwa tidak akan mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.

“Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Persekutuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan,”

“Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan.

“Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka.

“Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.

“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan peguam terbaik bagi mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.


“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya seolah cuba meraih simpati.

Terpulang kepada Obama sama ada mahu jumpa Anwar

Sementara itu, cara PKR dan Anwar berfikir berhubung lawatan Obama ke Malaysia disindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, ianya terpulang kepada presiden AS itu sama ada mahu menemui Anwar atau tidak.

Anwar Mahathir“Siapa yang beliau (Obama) mahu jumpa, itu adalah hak beliau, malah beliau juga tidak mahu berjumpa saya pun selaku bekas perdana menteri,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya, Khamis.

Beliau diminta mengulas kenyataan PKR bahawa parti itu kesal Obama yang akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula Sabtu ini tidak akan bertemu Anwar.

Dr Mahathir selanjutnya berkata, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada menemui sesiapa sahaja, termasuk Anwar.


“Jika mereka (PKR) tidak berpuas hati, mereka boleh tanya Obama sendiri sama ada kerajaan menghalang beliau daripada bertemu Anwar,” katanya.

Lawatan Obama ini adalah lawatan rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lawatan Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966.

Selain Malaysia, Obama juga akan melawat Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Asia di Filipina.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...