Status Mahathir yang mengambil pautan dari blog beliau chedet.cc sebenarnya menyebut mengenai beliau sendiri. BUDAYA BARU yang di maksudkan adalah Budaya yang berlainan dari semasa beliau menjadi PM ke-4 yang perbuatan beliau mengayakan keluarga dan kroni dilakukan tanpa pengetahuan sebahagian besar rakyat.

Rengekan (tidak sesuai dikata puisi, sajak atau luahan hati) beliau sebenarnya adalah ‘reverse psychology’ yang merujuk beliau sebagai Perdana Menteri (Boss) yang mahu mengalih isu perancangan beliau untuk memberi dan menjual aset negara kepada keluarga dan kroni.

Bossku yang digunakan oleh Najib Razak tidak bermaksud seperti yang disebut oleh Mahathir, merujuk kepada ‘boh’ dalam bahasa Kelantan dan ‘bossku’ yang diguna di Sabah sebagai gelaran ‘sahabat’ atau bahasa pasar ‘geng aku’

Mungkin juga Mahathir mahu melindungi sesuatu yang bakal dirunding bersama Pakistan sempena lawatan negara beliau kesana sekarang.

Bukan sahaja status Facebook Mahathir yang menjadi bahan belasahan netizen malah status Imran Khan pemimpin Pakistan yang memaparkan gambar beliau bersama Mahathir juga terkena sama.

Tidak mampu di bendung oleh Cybertroopers dedakian Pakatan Harapan apabila rakyat mula bangkit dengan kesedaran atas kesilapan mempertahankan Mahathir sebelum PRU ke-14.

Tulis Mahathir:

BUDAYA BARU

Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.
Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.
Bangsaku tak perlu malu.
Curilah…
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.
Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.

chedet.cc

…..
Nota tapak kaki dari seorang sahabat pula menyebut:

Kenapa huduh sangat tulisan kali ini.

Najib Razak yang berhadapan puluhan tuduhan pun tidak tertekan macam Perdana Menteri. Bagi saya Tun Mahathir patut “cool” saja kuasa di tangan.

Namun kalau baca puisi ini memang nampak macam perasaan Tun gundah gulana atau “penulis hantunya” budak tidak habis belajar.

…..

LIHAT sendiri status Facebook Mahathir yang menjadi bahan belasahan netizen dari pelbagai latar belakang.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156255049843652&id=12411993651

Boleh lah tambah komen atau mempertahan Mahathir di situ.

1 KOMEN

  1. Sajak aku…
    22th brlalu…
    Anak branok ku biasa2..
    Sekarang o.k.b…
    22th brlalu..
    Dulu aku Tak tahu…
    Sekarang Baru tau…
    22th lalu..
    Sekarang kroni semua mahu….
    22th lalu….
    Lalu Aja…D*** Sapu…..
    22th.lalu….
    Semua ahli politik penyapu..tetap pilih aku….
    22th lalu… Kita ubah style kroni baru….

    Aku dgn 22th lalu…
    MALAYSIA…hak milik aku…


TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda