Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meneliti dengan baik ceramah Dr Zakir Naik yang didakwanya mencaci agama lain.
Ridhuan Tee berkata, sepanjang penelitiannya, ucapan dan sudut pandang pakar perbandingan agama itu tidak bercanggah daripada pandangan akademik.
“Hanya mereka yang makan cili sahaja yang terasa pedaskan. Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan memperlekeh atau memandang rendah kepada agama lain.
“Hujah yang Zakir Naik keluarkan sentiasa bersandar kepada fakta. Justeru, saya mohon menteri Jabatan Perdana Menteri, meneliti ceramah dan ucapan Zakir Naik, pernahkah beliau mencaci agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau juga bertanya sama ada pernahkah pihak yang mendakwa Dr Zakir Naik mencaci agama lain, mendengar khutbah gereja setiap Ahad yang kadang kala, paderi mereka turut meremeh dan merendahkan status agama Islam.
“Ya, tidak dinafikan kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Tetapi adalah lebih baik jika Mujahid mengeluarkan pendapat seiring dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan menghantar pulang Dr Zakir Naik sebelum membuat penilaian secara teliti.
“Jika dibandingkan dengan sarjana perbandingan agama di dunia, masih belum ada tokoh setanding Dr Zakir Naik. Kita tidak mahu, hanya kerana terlalu mahu menjaga hati orang, hati umat sendiri terluka.
“Dibimbangi nama kita yang baik seperti Mujahid terpalit menjadi ‘mujahat’ hanya kerana gara-gara pandangan terhadap Dr Zakir Naik yang tidak bersandar kepada kajian yang rapi dan teliti,” katanya.
Beliau menegaskan, jangan kerana ultra kiasu memusuhi Dr Zakir Naik, maka menteri turut terikut-ikut rentak musuh.
“Apakah kita sebagai menteri mampu lakukan sebagaimana Almarhum Tunku Abdul Rahman, pengasas Perkim yang berjaya mengIslamkan beberapa menteri.
“Jika kita tidak mampu, jangan lah tegar mengatakan dakwah Dr Zakir Naik tidak sesuai. Sedarkah kita berapa ramai yang telah diislamkan oleh Dr Zakir Naik. Jika beliau ekstrem mana mungkin mereka yang ‘non-muslim’ masuk Islam,” katanya.
……..
https://pakdin.my/tag/zakir-naik
Sekarang Kamaluddin Idrus parti pujaan kau dah tersungkur, baru nak menyalak macam anjing lapar tulang. Semua isu2 yang menghina kerajaan sekarang kau ulang-ulang.
Bangga kau menjadi pencacai yang menyalak bagi tujuan mengaibkan orang lain. Ingat Kamaluddin, azab seksa itu benar dan azab Allah amat pedih!!!
Setuju
Saya yakin dan percaya pendapat Mujahid lebih tepat untuk Malaysia
Mujahill
Ni lh bahasa mualaf xjga lisan.. sendiri yg mulut jht xplk cermin diri
Nak jaga hati DAP?
Friends Of BN Hulu Selangor Ridhuan Tee tu mualaf DAP
Nampak cerdik, pakai kot.
Komen main balun je… Menuduh orang tu DAP.
Kalau bukan DAP, UMNO ke? Dia pun lulus Diploma Pengajian Islam je, sedangkan Mujahid kelulusan ElAzhar. Tahap penceramah berbayar belaan BN je.
Mungkin dia ingat dia kebal dr dosa dan pembalasan kat akhirat nanti kottt..
Belajar tinggi balik Malaysia jadi penceramah politik tadah kopiah. Ceramah mengata bukan ceramah agama. Redhuan Tee jadi pensyarah.
Saudara baca sepenuhnya artikel tu atau tidak. Komen melulu.. bukan cara orang berilmu. Dia cabar Mujahid sebutkan apa yang Zakir Naik menghina agama lain dan kalau Zakir naik bercakap mengenai agama lain berlandaskan fakta.
Ingatan yg bagus.moga mujahit wat iktibar.ramai ilmuwan agama sntiasa beri perhatian tindak tanduk beliau yg berat kearah jd mujahat.
Biasa laa penjilat agung kemaluan dap kafir harbi mmg bodoh bahalol…
Taubat lah mujahat
Sesuai nama d beri.bljr tinggi2 x cerminkan diri dgn keperibadian diri…sokong prjuangn LGBT.