Rihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA - pakdin.my

Terkilan dengan dakwaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menafikan statusnya sebagai bapa kepada anak mereka, Rihana Oksana Gorbatenko mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.

BACA: Status anak punca Rihana, sultan Kelantan bercerai, kata peguam
https://pakdin.my/status-anak-punca-rihana-sultan-kelantan-bercerai-kata-peguam/

Menurut rakan Rihanna, Liliya Nastaeve menegaskan perkahwinan Rihanna dan Sultan Muhammad V masih sah dan menolak dakwaan yang dibuat peguam baginda mengenai penceraian mereka selepas 13 bulan berkahwin.

Malah kata Liliya, Rihana yang kini tinggal bersama anaknya di Moscow menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Sultan Muhammad V mengenai penafian baginda sebagai bapa kepada anaknya.

“Semua kenalan rapat Rihana termasuk ibu bapanya, sedang menunggu permohonan maaf dari baginda. Kalau timbul keraguan, baginda boleh buat ujian DNA. Sekiranya Oksana mendedahan wajah anaknya kepada umum, tiada siapa akan meragui kerana mereka tampak seiras,” jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Rihana, Evgeny Tarlor yang juga bekas Senator Rusia berkata dakwaan bekas YDPA itu adalah bohong. Malah beliau mencabar peguam itu membuktikan beliau benar-benar mewakili Sultan Muhammad V.

Terdahulu peguam Koh Tien Hua mempersoalkan bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan selepas beliau mengesahkan Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga.

BACA: Peguam Sultan Muhammad V nafi perkahwinan bersama Rihana masih sah
https://pakdin.my/peguam-sultan-muhammad-v-nafi-perkahwinan-bersama-rihana-masih-sah/

https://pakdin.my/rihana-oksana

UTAMARihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium