Ringgit Akan Stabil Jika Ketidaktentuan Luaran, Isu Domestik Selesai – Zeti - pakdin.my

ringgit-malaysia

Ringgit akan stabil jika ketidaktentuan dasar-dasar ekonomi utama dan isu domestik selesai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Apabila ketidaktentuan dan isu-isu domestik selesai …saya percaya trend mata wang akan lebih baik, mencerminkan asas kita yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga di sini Jumaat.

Menolak persepsi bahawa isu-isu domestik menjadi faktor utama yang menyumbang kepada penurunan ringgit baru-baru ini, beliau berkata mata wang tersebut sebenarnya menerima kesan daripada faktor-faktor luaran.

Ini termasuk jangkaan perubahan dalam hala tuju dasar terutamanya oleh Rizab Persekutuan AS, kemerosotan harga minyak dunia dan pertumbuhan ekonomi China yang perlahan, katanya.

Zeti berkata beliau kecewa pasaran global tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada hakikat bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang pelbagai dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang 80 peratus.

Bagaimanapun, asas yang kukuh, terdiri daripada trajektori pertumbuhan yang kukuh, lebihan akaun semasa dan lebihan dagangan, serta sistam kewangan yang teguh, akan membolehkan fleksibiliti untuk Malaysia menyerap kejutan, katanya.

Zeti berkata bagi tiga suku pertama tahun ini, negara berjaya mencatat pertumbuhan lima peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar terkumpul, jumlah yang positif berbanding sasaran 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini.

Terdahulu, beliau menjangka inflasi meningkat dan pada tahap tinggi pada suku pertama tahun depan pada kira-kira empat hingga lima peratus dan kemudiannya sederhana pada sekitar tiga peratus.

Bagaimanapun, permintaan penggunaan yang sederhana, dan dengan harga komoditi dan minyak yang rendah, akan membantu mengimbangi kenaikan.

Pada suku ketiga, inflasi meningkat pada tiga peratus terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol serta sumbangan negatif yang kecil daripada pengangkutan.

UTAMAEKONOMIRinggit Akan Stabil Jika Ketidaktentuan Luaran, Isu Domestik Selesai - Zeti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium