Ringgit Cecah Paras Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Dunia - pakdin.my

Dagangan ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat sejak Ogos 2016 susulan kenaikan harga minyak global merupakan pendorong kepada permintaan.

Pada 9 pagi tadi nota tempatan itu mencatatkan 4.0000/0030 berbanding dolar AS daripada 4.0050/0080 pada penutupan semalam.

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$ 68.10 (AS$1 = RM4.00) setong, naik 0.04 peratus, manakala minyak mentah West Texas Intermediate mencatatkan AS$ 62.03 setong, meningkat 0.03 peratus, pada pembukaan pasaran.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0141/0184 daripada 3.0129/0156 dan meningkat berbanding yen kepada 3.5470/5506 daripada 3.5584/5614 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8296/8344 daripada 4.8228/8280 semalam dan lebih tinggi berbanding pound British pada 5.4240/4289 daripada 5.4240/4296 sebelumnya.


Rujukan:
Ringgit cecah paras tertinggi berbanding dolar
https://malaysiakini.com/news/407626

UTAMAEKONOMIRinggit Cecah Paras Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium