Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - pakdin.my

Sebagai ‘publisher’ kepada pengiklanan Google Adsense dan lain-lain syarikat pengiklanan yang berpengkalan di Amerika Syarikat, kami menyambut baik kenaikan nilai dollar Amerika 😁

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan mata wang negara maju itu kekal kukuh disokong kenyataan Rizab Persekutuan di samping kebimbangan mengenai kemelut perdagangan AS-China yang berlarutan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1500/1530 daripada 4.1440/1470 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, wujud kebimbangan baru mengenai pertikaian perdagangan antara 2 kuasa ekonomi dunia itu berikutan kenyataan Presiden AS Donald Trump di Twitter bahawa beliau akan mengenakan tambahan tarif 10% ke atas import China bernilai AS$300 bilion pada 1 Sept.

“Ini menjadikan ringgit terus lemah berbanding dolar AS. Pelabur juga tidak berminat mengambil risiko, sekali gus keadaan ini akan berpanjangan kerana pengenaan kadar tarif tambahan ke atas China akan menaikkan kos perniagaan dan berpotensi menjejaskan momentum pertumbuhan global,” katanya.

Keseluruhannya, ringgit juga didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0184/0210 daripada 3.0134/0167 pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.6015/6065 daripada 4.5741/5779.

Mata wang tempatan rendah berbanding yen kepada 3.8734/8773 daripada 3.7984/8021 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.0327/0380 daripada 5.0126/0179.

UTAMAEKONOMIRinggit dibuka rendah berbanding dolar AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium