Ringgit Jatuh Ke Paras RM4.0015

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #PakatanAmbilAlihRunggitNaik

Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh lima bulan kepada RM4.0015 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini.

Penyusutan ringgit itu sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS dan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perdagangan global.

Pada dagangan hari ini, ringgit dibuka pada paras RM3.9998 sedolar dan kemudian terus jatuh ke paras RM4.0015 pada jam 11.05 pagi, demikian mengikut perangkaan Bloomberg.

Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mengukuh dan faktor positif untuk menyokong ringgit adalah berkurangan.

Beliau berkata, pendirian agresif Rizab Persekutuan AS menyokong dolar AS untuk terus mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Katanya, paras hutang dan bahagian hutang dalam mata wang asing yang tinggi di pasaran baharu muncul menyebabkan pasaran berkenaan lebih terdedah kepada pengukuhan dolar berbanding sebelum ini.

Sementara itu, MIDF Research mengekalkan unjuran paras purata ringgit berbanding dolar AS pada RM4 dan menyasarkan mata wang tempatan mencecah paras RM3.95 sedolar pada akhir tahun.

http://pakdin.my/tag/ekonomi
http://pakdin.my/tag/ringgit

Loading...

23 COMMENTS

  1. X pa. kita ada Menteri Kewangan yang bijak. Dulu jd menteri PP dia mampu urus tadbir kewangan negeri diorang dengan sangat cemerlang. Katanya confirm boleh nak urus Msia punya. Tapi yang aku tengok, belum sampai suku pertama. Dah melingkup dengan agak cemerlang…

    • Banyak rumah rumah dikawasan MRT 3 yang telah dibatalkan mengalami penurunan harga yang sangat teruk, tidak banyak pembeli berminat dikawasan ini, kasihan, pelaburan tenat. Siapa agaknya yang kurang pintar

  2. MACAI PH ni BELANJA PAKAI DOLLAR tu yang SENYAP tu….. DAH MATI AKAL la tu ……HATI pun MATI jugak…….Hahahahahahahaha….. MADEY jugak ANAK BERANAK KAYA RAYA….CELAKA HARAMJADAH LIM GUAN ENG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here