Ringgit meningkat mendadak akibat najib kata kekal PM - pakdin.my

ringgit-gold-malaysia-bigstock
RM 50 bilion bertambah Duit rakyat duit kerajaan Malaysia meningkat mendadak Setelah baru beberapa hari Ds Najib umumkan kekal menjadi Perdana Menteri beri kenyakinan semula kepada semua pelabur asing kepada Malaysia di bawah Ds Najib
Kedudukan rizab asing Malaysia terus bertambah baik sejak Jun 2015.
1- BNM baru sahaja mengumumkan beberapa jam yang lalu bahawa rizab antarabangsa kita berjumlah RM415.1 bilion (bersamaan dengan US$93.3 bilion) pada 30 September – memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara jangka pendek.
2- Pada 28 Ogos 2015 ia adalah RM357.7 bilion (bersamaan dengan USD$94.7 bilion) – memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.
3- Manakala pada 31 Julai 2015 ia adalah RM364.7 bilion (bersamaan dengan USD$96.7 bilion) – memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.
4- Penurunan dalam dolar Amerika Syarikat pada 30 September adalah disebabkan oleh pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.
5- Tetapi apa yang penting adalah bulan perlindungan dan bukan dari segi USD (atau  dari segi Ringgit, yang telah meningkat sebanyak RM50 bilion sejak bulan Julai).
6- Penanda aras antarabangsa yang diterima mengatakan bahawa kita memerlukan 3 bulan untuk menampung import dan kedudukan  kini telah meningkat kepada 8.6 bulan dari 7.6 bulan. Sedangkan, kedudukan hutang luar negara jangka pendek meningkat daripada 1.0 kali kepada 1.2 kali.
7- Ini menunjukkan dua perkara:
1) Lebihan dagangan yang lebih tinggi kita di bulan kebelakangan ini mempunyai kesan positif ke atas kedudukan rizab kita.
2) BNM tidak kelihatan campur tangan dalam tukaran mata wang asing untuk melindungi Ringgit dan membenarkan ia terapung bebas.
Semoga ini akan meyakinkan kedua-dua pelabur asing dan tempatan yang kedudukan Malaysia bertambah baik dan ia boleh naik lebih tinggi mengatasi bunyi ‘bising’ politik dan persepsi negatif.
8- Faktor positif lain yang pelabur kini boleh lihat adalah:
– Kedudukan rizab yang bertambah baik.
– Lantunan harga minyak.
– Disiplin BNM untuk tidak campur tangan dalam pasaran tukaran mata wang asing.
– Angka eksport dan lebihan dagangan yang mengatasi jangkaan dijangka mungkin telah membuka mata pelabur untuk bangkit mengatasi bunyi ‘bising’ politik.
– Najib tidak ditangkap oleh Scotland Yard, CIA, FBI dan Mafia Italy apabila dia pergi ke luar negara.��������
UTAMAEDITORIAL1MDBRinggit meningkat mendadak akibat najib kata kekal PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium