Ringgit naik berbanding dolar AS

ringgit_rendah

Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS dipacu sokongan belian sederhana, kata peniaga.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan pada 3.5775/5805 daripada 3.5920/5950 pada penutupan dagangan semalam.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun setengah berbanding dolar AS semalam berikutan penurunan berterusan harga minyak mentah dunia.

Dalam pada itu, ringgit secara asasnya dibuka agak tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.6816/6860 daripada penutupan Selasa, 2.6886/6915 tetapi susut berbanding yen kepada 3.0392/0423 daripada 3.0358/9389 semalam.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.2107/2150 daripada penutupan semalam 4.2457/2504 dan naik berbanding pound British kepada 5.4260/4323 daripada 5.4322/3374 semalam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here