Risalah Jakim tangkis hadis palsu

Jabatan-Kemajuan-Islam-Malaysia-JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam merujuk risalah bertajuk ‘Hadis Mawdu’ (Hadis Palsu)’ yang diterbitkan jabatan itu sebagai panduan mengenali hadis-hadis palsu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, risalah hasil tulisan Prof. Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor itu memberi penerangan tentang hadis-hadis palsu dan cara-cara untuk mengenalinya.

Katanya, risalah percuma itu adalah inisiatif Jakim bagi mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam mempercayai sesuatu hadis yang disebarkan di laman-laman sosial.

“Umat Islam mestilah mendapatkan rujukan daripada kitab-kitab dan para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hadis bagi mengelakkan mereka menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar.

“Saya menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dalam mengguna pakai serta menyebarkan hadis khasnya melalui laman sosial. Rujuklah kitab dan para ilmuan bagi mengelakkan mereka menyimpang daripada Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here