Di samping itu, katanya kedudukan kerajaan pimpinan UMNO yang terus berkuasa mampu memastikan wujudnya kestabilan dalam dasar ekonomi seperti terkandung dalam rancangan lima tahun terbaru (Rancangan Malaysia Ke-11) yang diumumkan awal tahun ini.
Moody’s Investors Service meletakkan kemungkinan faktor politik di Malaysia boleh menjejaskan kepercayaan kredit negara ini pada kadar yang sangat rendah, walaupun terdapat isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam laporan mengenai risiko Politik domestik di Asia Tenggara, agensi penarafan antarabangsa itu berkata walaupun kadar keriuhan politik di Malaysia semakin meningkat sejak bermulanya tahun ini, ia hanya memberi kesan terhad kepada momentum perubahan.
“Walaupun wujud peristiwa yang berkisar tentang 1MDB, penilaian kami terhadap risiko politik domestik di Malaysia kekal pada kadar Sangat Rendah +,” kata laporan itu, yang dikeluarkan semalam, dan memberi penarafan A3 kepada Malaysia.
Kata laporan itu, sebenarnya, pembaharuan fiskal bergerak lancar di negara ini, dengan kerajaan mengumumkan keputusannya untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa pembentangan Bajet 2014 pada Oktober 2013 dan melaksanakannya pada April tahun ini.
“Ia juga secara berkesan menarik balik subsidi bagi bahan bakar ketika harga minyak global mengalami kejatuhan tahun lepas,” katanya.
Moody’s Investors Service berkata dalam Bajet 2016 yang dibentangkan bulan lepas, kerajaan Malaysia mempamerkan komitmen berterusan untuk meletakkan defisit fiskal dalam keadaan terkawal dan mengurangkan lagi pergantungan kepada hasil minyak.
Di samping itu, katanya kedudukan kerajaan pimpinan UMNO yang terus berkuasa mampu memastikan wujudnya kestabilan dalam dasar ekonomi seperti terkandung dalam rancangan lima tahun terbaru (Rancangan Malaysia Ke-11) yang diumumkan awal tahun ini.
Selain memberi penarafan A3 kepada Malaysia, laporan agensi penarafan mengenai Asia Tenggara itu memberi penarafan stabil Baa1 kepada Thailand, Indonesia (Baa3 stabil), Filipina (Baa2 stabil) dan Singapura (Aaa stabil).
Vietnam dan Kemboja, masing-masing diberi penarafan B1 stabil dan B2 stabil.
Dari segi mata risiko politik, hanya Singapura dan Malaysia dikategorikan sebagai “Sangat Rendah”, manakala Indonesia, Filipina dan Vietnam diletakkan dalam kategori “Rendah”.
Thailand dan Kemboja diberi penarafan “Sederhana”.
Data bagi Brunei, Laos dan Myanmar tidak diperoleh.
Menurut laporan itu, persoalan utama yang mendasari tinjauan positif dalam memberi penarafan A3 kepada Malaysia ialah keupayaan pentadbiran negara ini dalam memelihara kesungguhan politik untuk mengekalkan trend pengukuhan fiskal yang dirintisnya pada 2010.
“Kerajaan telah mengharungi keadaan dengan jayanya setakat ini,” katanya.
Moody’s Investors Service berkata metodologi penarafan kedaulatannya menjadikan risiko politik domestik sebagai faktor dalam menilai kemampuan dan daya tahan sesebuah negara menanggung risiko akibat sesuatu peristiwa.
Mata yang diberi menunjukkan sama ada risiko yang timbul daripada sesuatu peristiwa berlaku dengan mengejut dan ekstrem boleh menjejaskan dengan teruk kewangan awam dan meningkatkan dengan ketara kemungkinan kegagalan untuk melunaskan bayaran.
Ia menyebut kira-kira 30 peratus daripada kegagalan melunaskan bayaran sejak 1997 mempunyai kaitan secara langsung dengan faktor institusi dan politik, daripada ketidakstabilan politik, hinggalah kepada kelemahan dalam pengurusan bajet dan masalah tadbir urus atau ketidakrelaan untuk membayar.
Risiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal Memerintah – Moody’s -… https://t.co/et4DCAfFmz
Risiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal… https://t.co/3aiotluLJ8 https://t.co/78mP31k0zW
Ye ke?
Risiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal Memerintah –… https://t.co/37CPKmp3gI
Intan Eraini liked this on Facebook.
Saiful Torres liked this on Facebook.
Nazri Tunaim Toshi liked this on Facebook.
Adie Karim liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Kakaka
Jangka je. Sendiri pun tak confident. Bila nak bertindak entah. Tak dpt nak bayangkan kalau umno jadi pembangkang kat Malaysia. Leka sgt. Layan sgt. Kalau satu2 pucuk atau tunas pokok tu ada jangkitan atau mahluk perosak. Kena rawat. Kalau dah tak boleh rawat cantas je. Buang pucuk tu. Biarkan pucuk baru tumbuh. Takkan pucuk rosak,nak biarkan satu pokok sampai akarnya rosak.
jgn samakan politik dgn tumbuhan…ha ha.
Risiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal Memerintah – Moody’s: Di… https://t.co/jAlb507N9D
Acik Ana liked this on Facebook.
Zammir Irfan liked this on Facebook.
PAchat Red liked this on Facebook.
Angah Halim liked this on Facebook.
Penternak Bakteria liked this on Facebook.
May Havens liked this on Facebook.
Jap lgi ramai le pakar2 ekonomi taik kucing masuk mengulas..
Dah memang muka kucing ! ! ! Nak buat macamana ? ? ?
Kay Maria liked this on Facebook.
Daeng Zaek liked this on Facebook.
Sarah Azhary liked this on Facebook.
insyaAllah…
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Norhamlisza Hamzah liked this on Facebook.
Setuju Bn akan terus berkuasa , politik diMalaysia agak unik dimana orang melayu dan bumiputera tidak akan sesekali membenarkan orang dari kaum lain memegang tampuk pemerentahan. Bn memang bermasaalah tetapi pembangkang juga bermasaalah dan berpecah belah. Dap yang terlalu dominan dalam Pakatan juga menjadi faktor utama kemenangan Bn kerana orang melayu dan bumiputera tidak menyukai mereka.
Cepat2lah buat pru…sembang ape lg
Rahim Jalil liked this on Facebook.
Ahmad Bakar liked this on Facebook.
Azlan Bpr liked this on Facebook.
Hmmm..tawaqkal je la..
Sy sokong 🙁
Borhan Othman liked this on Facebook.
Jamilah Ismail liked this on Facebook.
Ahmad L Yusof liked this on Facebook.
Lucy Ana liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Ahmad Nawawi M Zin liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Samser Murib liked this on Facebook.
Normah Roslan liked this on Facebook.
Shrek In liked this on Facebook.
Zwan Teiger liked this on Facebook.
Muhammad Hendry Aziz liked this on Facebook.
Mohamed Rasul Zainal Abidin liked this on Facebook.