Risiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal Memerintah – Moody's - pakdin.my

Di samping itu, katanya kedudukan kerajaan pimpinan UMNO yang terus berkuasa mampu memastikan wujudnya kestabilan dalam dasar ekonomi seperti terkandung dalam rancangan lima tahun terbaru (Rancangan Malaysia Ke-11) yang diumumkan awal tahun ini.

malaysia-low-risk-moodys

Moody’s Investors Service meletakkan kemungkinan faktor politik di Malaysia boleh menjejaskan kepercayaan kredit negara ini pada kadar yang sangat rendah, walaupun terdapat isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam laporan mengenai risiko Politik domestik di Asia Tenggara, agensi penarafan antarabangsa itu berkata walaupun kadar keriuhan politik di Malaysia semakin meningkat sejak bermulanya tahun ini, ia hanya memberi kesan terhad kepada momentum perubahan.

“Walaupun wujud peristiwa yang berkisar tentang 1MDB, penilaian kami terhadap risiko politik domestik di Malaysia kekal pada kadar Sangat Rendah +,” kata laporan itu, yang dikeluarkan semalam, dan memberi penarafan A3 kepada Malaysia.

Kata laporan itu, sebenarnya, pembaharuan fiskal bergerak lancar di negara ini, dengan kerajaan mengumumkan keputusannya untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa pembentangan Bajet 2014 pada Oktober 2013 dan melaksanakannya pada April tahun ini.

“Ia juga secara berkesan menarik balik subsidi bagi bahan bakar ketika harga minyak global mengalami kejatuhan tahun lepas,” katanya.

Moody’s Investors Service berkata dalam Bajet 2016 yang dibentangkan bulan lepas, kerajaan Malaysia mempamerkan komitmen berterusan untuk meletakkan defisit fiskal dalam keadaan terkawal dan mengurangkan lagi pergantungan kepada hasil minyak.

Di samping itu, katanya kedudukan kerajaan pimpinan UMNO yang terus berkuasa mampu memastikan wujudnya kestabilan dalam dasar ekonomi seperti terkandung dalam rancangan lima tahun terbaru (Rancangan Malaysia Ke-11) yang diumumkan awal tahun ini.

Selain memberi penarafan A3 kepada Malaysia, laporan agensi penarafan mengenai Asia Tenggara itu memberi penarafan stabil Baa1 kepada Thailand, Indonesia (Baa3 stabil), Filipina (Baa2 stabil) dan Singapura (Aaa stabil).

Vietnam dan Kemboja, masing-masing diberi penarafan B1 stabil dan B2 stabil.

Dari segi mata risiko politik, hanya Singapura dan Malaysia dikategorikan sebagai “Sangat Rendah”, manakala Indonesia, Filipina dan Vietnam diletakkan dalam kategori “Rendah”.

Thailand dan Kemboja diberi penarafan “Sederhana”.

Data bagi Brunei, Laos dan Myanmar tidak diperoleh.

Menurut laporan itu, persoalan utama yang mendasari tinjauan positif dalam memberi penarafan A3 kepada Malaysia ialah keupayaan pentadbiran negara ini dalam memelihara kesungguhan politik untuk mengekalkan trend pengukuhan fiskal yang dirintisnya pada 2010.

“Kerajaan telah mengharungi keadaan dengan jayanya setakat ini,” katanya.

Moody’s Investors Service berkata metodologi penarafan kedaulatannya menjadikan risiko politik domestik sebagai faktor dalam menilai kemampuan dan daya tahan sesebuah negara menanggung risiko akibat sesuatu peristiwa.

Mata yang diberi menunjukkan sama ada risiko yang timbul daripada sesuatu peristiwa berlaku dengan mengejut dan ekstrem boleh menjejaskan dengan teruk kewangan awam dan meningkatkan dengan ketara kemungkinan kegagalan untuk melunaskan bayaran.

Ia menyebut kira-kira 30 peratus daripada kegagalan melunaskan bayaran sejak 1997 mempunyai kaitan secara langsung dengan faktor institusi dan politik, daripada ketidakstabilan politik, hinggalah kepada kelemahan dalam pengurusan bajet dan masalah tadbir urus atau ketidakrelaan untuk membayar.

UTAMAEKONOMIRisiko Politik Terhadap Kepercayaan Kredit Malaysia Sangat Rendah, BN Di Jangka Kekal...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium