Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM427.6 Bilion Pada 28 Feb, 2014 - pakdin.my

bank negara malaysia

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM427.6 bilion (bersamaan dengan AS$130.6 bilion) pada 28 Feb, 2014.

Menurut BNM, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai sembilan bulan import tertangguh dan merupakan 3.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$117.7 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.0 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$8.6 bilion).

UTAMAEKONOMIRizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM427.6 Bilion Pada 28 Feb, 2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium