27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Rizab antarabangsa Bank Negara RM433.3 bilion

bank negara malaysia

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berjumlah AS$140.3 bilion (RM433.3 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9.04 bilion (RM27.9 bilion) pada akhir April 2013.

Menurut kenyataan BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.

Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4.13 bilion (RM12.7 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6.10 bilion (RM18.8 bilion) pada akhir bulan April 2013.


Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan