Rizab Antarabangsa Bank Negara Susut AS$6.6 Bilion Dalam Tempoh 5 Bulan - pakdin.my

Kedudukan Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot bagi bulan kelima berturut-turut dengan merekodkan penurunan 0.19 peratus kepada AS102.8 bilion pada 15 Oktober berbanding AS$103 bilion yang dilaporkan bank pusat itu pada 28 September lalu.

SEMAK disini: Siaran Akhbar BNM (http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&lang=bm)

Rekod pada 15 Mei lalu melaporkan jumlah rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109.4 bilion, bermaksud dalam tempoh lima bulan sehingga 15 Oktober ini telah merosot sebanyak AS$6.6 bilion atau RM27.45 bilion berdasarkan kadar tukaran hari ini RM4.159 bagi setiap dolar AS.

Dalam kenyataannya hari ini BNM berkata, dengan paras kedudukan rizab AS$102.8 bilion itu ia memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 0.9 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Sementara itu, memetik laporan MalaysiaGazette, rizab matawang asing BNM turut mengalami kejatuhan kepada AS$97 bilion setakat 15 Oktober berbanding AS$97.3 bilion yang direkodkan pada 28 September, manakala kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa kekal pada paras AS$900 juta.

BNM juga melaporkan jumlah keseluruhan aset bank pusat itu setakat 15 Oktober adalah RM448.23 bilion.

Sekilas Info;-

30 Apr 2018 – AS$109.5 Bilion
15 Mei 2018 – AS$109.4 Bilion
31 Mei 2018 – AS$108.5 Bilion
29 Jun 2018 – AS$104.7 Bilion
31 Jul 2018 – AS$104.5 Bilion
30 Ogos 2018 – AS$104.4 Bilion
28 Sept 2018 – AS$103.0 Bilion
15 Okt 2018 – AS$102.8 Bilion

……….

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/rizab-antarabangsa

Rizab Antarabangsa BNM menyusut US$1.6b kepada US$107.9b berbanding sebelum PRU 14
https://pakdin.my/rizab-antarabangsa-bnm-menyusut-us1-6b-kepada-us107-9b-berbanding-sebelum-pru-14/

UTAMAEKONOMIRizab Antarabangsa Bank Negara Susut AS$6.6 Bilion Dalam Tempoh 5 Bulan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium