Rizab Antarabangsa Bank Negara susut hampir US$ 1 bilion pada 31 Mei

Rizab Antarabangsa Bank Negara susut hampir US$ 1 bilion pada 31 Mei

Tak sampai 100 hari, khazanah negara berkurangan. Kalau dah beranak nanti boleh kadidah muflis.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia menyusut sebanyak US$ 900 juta kepada US$ 108.5 bilion pada 31 Mei 2018 berbanding US$ 109.4 bilion pada 15 Mei, ketika dolar Amerika mengukuh berbanding ringgit.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM), kedudukan rizab memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4697&lang=bm

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$ 102.1 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$ 800 juta), Hak Pengeluaran Khas (US$ 1.2bil), emas (US$ 1.6bil) dan aset rizab lain (US$ 2.8 bil).

Rizab Bank Negara berada pada US$ 109.4 bilion pada 15 Mei dan mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh. Rizab adalah 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4685&lang=bm

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/rizab-antarabangsa

http://pakdin.my/tag/bank-negara-malaysia

64 Replies to “Rizab Antarabangsa Bank Negara susut hampir US$ 1 bilion pada 31 Mei

    1. Bagi bukti negara kena rompak. Bukan main tulis je. Ph pun buat apa yang bn buat cuma tukar nama. Br1m = BSH, pr1ma pun nanti tukar nama, klinik 1malaysia = klinik rakyat, program permata diteruskan. So bagitau dengan apa yang tak betulnya bn. Ni mainan persepsi. Kalau najib rompak duit kenapa sampai sekarang tak kena dakwa lagi. Dulu pm tak boleh dakwa kononnya. La ni najib orang awam je. Saddam hussein pun kena fitnah senjata pemusnah kononnya. Sampai sekarang tak jumpa.