Rizab Kedah Merosot Bawah Mukhriz - pakdin.my

ALOR SETAR – Rizab Kerajaan Negeri Kedah mencatatkan penurunan tiga tahun berturut-turut semasa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi menteri besar.

Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, rizab negeri menyusut hampir 80 peratus dari tahun 2013 iaitu awal pentadbiran Mukhriz sehingga tahun 2016.

“Pada tahun 2013, rizab negeri mencatatkan RM208.94 juta merosot kepada RM148.24 juta (2014) dan RM43.41 juta (2015).

“Selain rizab, prestasi kutipan hasil kerajaan negeri di bawah Mukhriz merosot setiap tahun iaitu RM518.43 juta pada tahun 2013 kepada RM509.48 juta (2014) dan RM411.05 juta (2015),” katanya, ketika merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Alor Setar, di Bangunan Tunku, di sini, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Wanita Umno Kedah  yang juga Ketua Wanita Bahagian Alor Setar, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim.

Turut serta pada program berkenaan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Abdul Hafis  Syed Mustafa dan Ketua Puteri Umno Bahagian Alor Setar, Maizatul Miza Mohd Disa.

Beliau juga Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selepas Ahmad Bashah mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri, jumlah pelaburan  di dalam sektor pembuatan meningkat lebih 90 peratus dari RM1.356 bilion pada tahun 2015 kepada RM2.183 bilion (2016).

“Pelaburan asing di dalam sektor pembinaan juga meningkat lebih 90 peratus iaitu RM882 juta pada tahun 2015 kepada RM1.567 bilion (2016),”katanya.

Beliau berkata Mukhriz pemimpin yang gagal dalam parti dan negeri.

“Mukhriz digugurkan disebabkan banyak faktor, antaranya beliau tidak berjaya menyatupadukan parti, keduanya tidak setia kepada kepimpinan parti, tetapi fakta yang ramai tidak tahu adalah prestasi dari segi ekonomi ketika menjadi menteri besar selama dua tahun setengah.

“Kita memilih beliau menjadi menteri besar ketika itu atas faktor orang muda, idea baru, sekurang-kurangnya politik tidak begitu fasih tetapi kita yakin dari soal ekonominya baik kerana beliau merupakan ahli korporat…Tetapi gagal,”katanya.

Beliau berkata pengundi muda di negeri ini perlu memahami hakikat kepimpinan bukan pada penampilan berswafoto semata-mata.

“Anak muda jangan terkeliru dengan permainan persepsi yang hanya suka ‘berselfie’ dengan orang muda,”katanya.

UTAMAPOLITIKRizab Kedah Merosot Bawah Mukhriz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium