RM16b kos kerja naik taraf jalan utama Sarawak

KUCHING 27 Jun — Kerja-kerja menaik taraf jalan utama negeri menjadi jalan berkembar dua lorong sepanjang 1,080km dari Sematan dekat sini ke Merapok di Lawas dianggarkan melibatkan kos RM16 bilion mengikut kadar semasa.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata, memandangkan kos yang tinggi dianggarkan RM13 juta bagi setiap kilometer, kerja-kerja menaik taraf itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Pada masa sama, cadangan dibuat mengikut pelaksanaan pelan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (2012-2013) untuk menyediakan sebahagian jalan dari Sibu ke Miri yang mempunyai lorong untuk memotong,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini.

Beliau berkata, projek yang dicadangkan itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya dan membolehkan pemandu, yang terperangkap kerana kenderaan yang bergerak perlahan, untuk memotong

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.