RM2.6 bilion: Lain saya cabar, lain dia tulis – Najib tempelak Kit Siang

Yang Berhormat Lim Kit Siang adalah ketua DAP, bapa kepada menteri kewangan dan sudah berkecimpung dalam politik lebih 50 tahun.

Tetapi nampaknya, beliau langsung bukan seorang yang jujur.

Semalam saya cabar Kit Siang untuk “mengakui yang saya sudah kembalikan sebahagian besar atau semua RM2.6b tetapi fakta itu sengaja disembunyikan oleh pihak Pakatan.”
BACA sini:
http://pakdin.my/?p=78619

Pagi ini beliau mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan saya biadap untuk mencabar beliau untuk mengakui yang RM2.6b ini adalah dari penderma Arab.

Lain saya cabar, lain dia tulis – malah tulis “put words into my mouth”.

Ini bukti kukuh dan juga amaran yang kita mesti berhati-hati dengan kenyataan dari ahli-ahli DAP pada masa depan.

Kalau Kit Siang enggan mahu mengaku yang dia tahu bahawa saya sudah kembalikan RM2.6b itu dan tetap dengan persepsi serta tuduhan kononnya saya mencuri, merompak atau menyamun RM2.6b ini dan simpan dalam poket saya; tidak perlulah beliau mahu secara terang menipu seperti ini.

Kita biarkan dahulu jika Kit Siang tidak mahu mengaku. Saya akan kemukakan bukti dokumen dan saya akan tanya dia lagi.

………

http://pakdin.my/najib-dedah-dokumen-buktikan-tuduhan-mahathir-dan-sarawak-report-fitnah-semata-mata/

http://pakdin.my/tag/dana-politik

http://pakdin.my/tag/raja-saud

Comment (1)

  1. Brain Bedul Wednesday, September 12, 2018 19:02:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.