RM999 Bagi 999 Unit Pertama `1Malaysia Pad’ - pakdin.my


..

Peranti mudah alih, tablet pertama buatan Malaysia dikenali ‘1Malaysia Pad’ bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Gajet keluaran syarikat tempatan, Maltech-Pro Sendirian Berhad menawarkan pelbagai inovasi aplikasi terkini selain merancakkan segmen pasaran tablet yang kini popular di negara ini.

DATUK SOHAIMI SHAHADAN/PENGERUSI EKSEKUTIF MALTECHPRO SDN BHD
“Kita percaya bila wujudkan ini banyak beri sokongan rantaian 1Malaysia Pad, industri kreatif untuk bantu kerjasama aplikasi, contents.”

Pra-pelancaran 1Malaysia Pad disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, siang tadi.

Model dengan skrin sesentuh tujuh inci ini mensasarkan jualan awal lima ribu unit dengan harga promosi, RM999 bagi 999 unit pertama.

Tablet berkamera tiga megapixel itu berasaskan Sistem Operasi Android Gingerbread 2.3.

Antara aplikasi komunikasi yang dibangunkan syarikat itu ialah 1Malaysia Messenger.

Ia boleh ditempah menerusi dalam talian di laman web www.maltechpro.com.

UTAMAGAYA HIDUPRM999 Bagi 999 Unit Pertama `1Malaysia Pad'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium