Rombakan Kabinet Sarawak Diumum Esok? - pakdin.my

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengumumkan rombakan kabinet negeri Sarawak, esok.

Ia berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan bagi menghadiri sidang media Ketua Menteri itu di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, jam 3 petang esok.

Khamis lalu, Tan Sri Taib mengesahkan akan mengumumkan rombakan kabinet Sarawak dalam minggu ini.

Menurutnya, walaupun tiada kejutan, perubahan besar akan dilakukan demi masa depan kerajaan negeri.

Ia mungkin membabitkan status jawatan Timbalan Ketua Menteri yang kini cuma diisi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta muka baru yang bakal ditampilkan buat pertama kali bagi memikul tanggungjawab mentadbir negeri.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 sebelum ini diperuntukkan kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak, SUPP.

Namun, parti itu kalah teruk di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri April lalu.

UTAMABERITARombakan Kabinet Sarawak Diumum Esok?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium