Rome Statute: 6 soalan buat kerajaan Pakatan Harapan DAP - pakdin.my

Malaysia dilaporkan telah menandatangani Rome Statute 5 hari yang lepas. Rome Statute ini adalah perjanjian antarabangsa yang membentuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda. Mahkamah ini memberi fokus kepada kes jenayah perang, jenayah kemanusiaan, genocide dan pencerobohan. [1]

Secara umumnya, kita akan dapati bahawa tidak ada sebarang masalah jika negara ini mahu menjadi sebahagian daripada komuniti undang2 antarabangsa. Tetapi ada beberapa kejanggalan dan isu yang wajar diambil kira berdasarkan keputusan kerajaan ini.

1. Rome Statute akan memberikan kuasa kepada ICC bagi membicarakan YDP Agong sebagai Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia jika berlaku kes2 di dalam bidang kuasanya. Soalannya, mengapakah keputusan menandatangani perjanjian ini diputuskan oleh kabinet pada 12 Disember 2018 dan Menteri Luar hanya mengadap YDPA memaklumkan keputusan tersebut pada 15 February 2019? Memandangkan ia memberi kesan besar kepada institusi monarki, mengapakah kerajaan tidak berunding terlebih dahulu dengan Majlis Raja Raja sebelum membuat keputusan?

2. Artikel 27 Rome Statute menyatakan bahawa tidak ada seorang pun terikat dengan imuniti atau kekebalan apabila melibatkan kes kes di atas. Oleh itu, mengheret YDPA atas kapasiti jawatan bagi perbicaraan di ICC adalah bertentangan dengan Perkara 32 ( Fasal 1), Perkara 181 (Fasal 2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pindaan kepada imuniti YDPA dan Raja Raja Melayu hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja Raja Melayu selaras Perkara 38 Fasal 4. Soalannya, apakah kerajaan sudah menimbang untuk melaksanakan pindaan perlembagaan bagi memenuhi kehendak perjanjian ini?

3. Jika tujuan kerajaan menandatangani Rome Statute adalah bagi menunjukkan komitmen terhadap penghapusan jenayah perang, kerajaan sebenarnya boleh terlibat dalam ICC tanpa menandatangani Rome Statute. Artikel 12(3) perjanjian tersebut membenarkan mana mana negara bukan ahli untuk mengizinkan ICC melaksanakan bidang kuasanya ke atas sesuatu kesalahan yang berlaku di negara mereka. Contohnya jika berlaku jenayah perang di Pahang, kerajaan Malaysia boleh membenarkan ICC membicarakan pihak terlibat walaupun Malaysia tidak menandatangani Rome Statute.

4. Artikel 13B perjanjian tersebut juga menunjukkan pengaruh Majlis Keselamatan PBB ke atas ICC dari segi arahan menjalankan fungsi. Ia sesuatu yang pelik memandangkan China, Amerika dan Russia yang merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan bukan merupakan negara ahli Rome Statute. Jadi mengapa Malaysia terlalu bersungguh untuk menandatanganinya?

5. Situasi di Kenya dan Libya jelas menunjukkan ICC sendiri tidak efektif apabila gagal memenuhi Artikel 1 Rome Statute yang mementingkan pendakwaan domestik di negara masing masing terlebih dahulu. Maka apa jaminannya ia tidak akan berlaku di Malaysia?

6. Kerajaan Barisan Nasional telahpun membuat kajian tentang perjanjian ini sejak tahun 2011 namun tidak menandatanganinya atas dasar kedaulatan negara. Malahan pada Sidang Dewan Rakyat 8 November 2016, berlaku perbahasan panjang antara YB Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan YB Dato Razali Ibrahim (BN-Muar) sehinggalah YB Kula sendiri mempersoalkan “who’s running the government” (Siapa yang mentadbir kerajaan?) apabila YB Razali berkeras mempertahankan pendirian kerajaan. Soalannya, apakah keputusan menandatangani perjanjian ini dipengaruhi kehendak parti tertentu di dalam Pakatan Harapan berdasarkan sejarah di Dewan Rakyat 3 tahun lepas memandangkan YB Kula sendiri adalah sebahagian daripada anggota kabinet negara hari ini?

Ini adalah 6 soalan pertama. Khalid Samad dan Peguam PAS – Dulu boleh tolong jawab tak?

—–
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] http://www.kln.gov.my/web/guest/-/press-release-malaysia-accedes-to-the-rome-statute-of-the-international-criminal-court

UTAMAPOLITIKRome Statute: 6 soalan buat kerajaan Pakatan Harapan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium