31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Roslee Kesal Keluar Umno, Mengaku Buat Keputusan Terburu-buru

roslee-daud-bukit-besi

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud kesal dengan tindakannya keluar Umno hingga mencetuskan krisis politik di Terengganu dan hampir menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah negeri itu.

Mengakui terburu-buru dalam membuat keputusan, Roslee bagaimanapun berkata, tindakannya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said lebih dahulu mengumumkan keluar Umno.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku dalam keadaan yang sangat terburu-buru.

“Saya minta maaf banyak-banyak kepada masyarakat, terutama pengundi serta ahli parti secara keseluruhannya.


“Perkara ini sudah selesai dan saya kembali untuk bersama Umno demi rakyat,” katanya pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu, beliau bersama 14 Adun Terengganu yang diketuai Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan mengenai situasi terkini kemelut politik negeri itu.

Diminta mengulas lanjut keputusannya keluar Umno, Roslee berkata ia didorong oleh perasaan terkejut dengan perkembangan terkini membabitkan perubahan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

“Bukan marah atau merajuk, tetapi sebab terkejut dengan keputusan yang berlaku dengan tiba-tiba.

“Kita tidak sedar dengan perkembangan semasa sehinggalah berlakunya perubahan kepimpinan yang berlaku dalam suasana yang begitu cepat,” katanya.

Terengganu menjadi tumpuan sejak Isnin lalu selepas Ahmad yang juga Adun Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir sebagai penggantinya.


Susulan perkembangan itu, Ahmad, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Roslee mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik balik surat keluar Umno dan menjadi wakil rakyat BN, manakala Ahmad dan Ghazali juga akan membuat keputusan sama.

Jika ketiga-tiga wakil rakyat ini kembali bersama Umno, kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu balik kepada asal iaitu BN dengan 18 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1).


 

 

ADUN Bukit Besi Minta Maaf


ADUN Bukit Besi, Roslee Daud pula berkata, beliau kesal kerana membuat keputusan terburu-buru untuk keluar daripada Umno.

Beliau memohon maaf kepada pengundi, dan ahli parti yang kecewa dengan tindakannya itu.

Kata Roslee, atas nasihat rakan-rakan seperjuangan, beliau bersetuju untuk kembali kepada Umno.

Sebelum ini, Roslee mengumumkan keluar daripada Umno, dan menjadi wakil rakyat bebas.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...