30 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

ROYALTI MINYAK, MAHATHIR HANYA TABUR JANJI PALSU

KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?

Suatu kenyataan ‘jijik’ daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.

Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri ‘Che Siti Wan Kembang’.

Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut : “Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” sebanyak 5% dan perkataan “royalti” tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).”

Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).

Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.

Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.

Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.

Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?

Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.

Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.

Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.

Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar “wilayah” mereka (rujuk Bernama – 1November, 2000).

Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.

Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.

20161017-janji-palsu-mahathir-royalti

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...