Rozaimi, Pemain Bola Sepak Sabah Parah Dalam Nahas Jalan Raya

16

rozaimi-kemalangan-jalanraya

Penyerang pasukan bola sepak Sabah yang juga bekas pemain kebangsaan Md Rozaimi Abd Rahman cedera parah selepas kereta dinaikinya terbabas di Km3.5, Jalan Tuaran hari ini.

Ketua Polis Daerah Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, Md Rozaimi, 23, cedera parah di bahagian kepala dan kaki dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth 2.

Katanya pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, AK Mohd Farris Mahamud, 21, juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki dan turut dirawat di ICU di hospital yang sama.

“Keadaan kedua-dua mangsa adalah kritikal,” kata dalam kenyataan di sini Isnin.

Chandra berkata ketika kejadian kereta yang dinaiki kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Inanam ke Kota Kinabalu.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok dan tiang telefon serta merempuh tembok sebuah rumah.

Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 1.34 tengah hari.

Katanya kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta berkenaan dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here