25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Rozali minta kerajaan Selangor @Khalid_Ibrahim hentikan fitnah

Tan Sri Rozali Ismail

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail hari ini meminta Kerajaan Negeri Selangor menghentikan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain termasuk dirinya, dalam isu air di negeri itu. Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya duduk semeja dengan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu air di negeri ini demi kepentingan rakyat.

Syabas sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

“Syabas sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Selangor dan sentiasa berusaha memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya dengan menghantar air kepada penduduk yang terjejas, kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mapem dan DPMMS di sini, malam ini.

Rozali juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya tanpa menyiasat dengan terperinci terlebih dahulu mengenai isu yang dibangkitkan.

“Saya harap semua pihak tidak ‘menangguk di air keruh’ tentang gaji saya yang dibayar Syabas kerana mahkamah sendiri telah tentukan Jun lepas bahawa itu semua fitnah kepada saya, juga Syabas.

“Pada bulan Ramadan ini, hentikanlah kata buruk. Penting bagi kesemua pihak tepikan sentimen politik mereka dan memikirkan tentang rakyat yang sedang terbeban dengan krisis air yang semakin meruncing,” katanya.

Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syabas berhubung kenyataan memfitnah.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan