RPK – Anwar Ibrahim Takut Untuk Berdebat! - pakdin.my

Dulu kawan tetapi kini bermusuh?

Mungkin itulah senario yang boleh dilihat dalam hubungan antara dua individu ini…Raja Petra Kamarudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Raja Petra telah disingkirkan daripada menyertai sebuah forum atas permintaan Anwar.

Forum tersebut dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Kent, United Kingdom.

Perbincangan itu pada asalnya melibatkan Raja Petra, Anwar dan pengasas WikiLeaks Julian Assange.

Anwar sepatutnya mengambil bahagian dalam forum itu yang akan dibuat melalui Skype. Perbincangan itu dirakamkan untuk WikiLeaks.

Kini forum itu hanya akan menyaksikan penyertaan dari Anwar dan Assange sahaja.

” Saya menerima panggilan telefon dari WikiLeaks yang memaklumkan Anwar tidak bersetuju dengan penyertaan saya.

” Jadi forum itu nanti hanya akan melibatkan Julian dan Anwar.

“Saya setuju Anwar dimasukkan tetapi beliau yang tidak setuju untuk saya berada di situ sekali,” kata Raja Petra pada FMT hari ini.

Sehubungan itu Raja Petra membidas Anwar yang disifatkannya takut untuk berhadapan dengannya dalam perbincangan berkenaan.

“Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib apabila beliau terlalu takut untuk berhadapan dengan saya? Beliau patut cuba berdebat dengan saya dulu sebelum menghadapi Najib.

“Nampaknya Anwar tidak boleh bertoleransi dan menghormati kebebasan media serta pendapat berbeza.

“Beliau hanya akan berurusan dengan orang yang menyokongnya dan setuju dengannya.

” Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya takut untuk berfikir bagaimana jikalau beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri,” kata Raja Petra.

Anwar dan Assange tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (FMT)

Baca seterusnya disini .. Anwar snubs RPK in WikiLeaks forum

UTAMABERITARPK - Anwar Ibrahim Takut Untuk Berdebat!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium