Ruang pejabat Wisma Tani terbakar - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Ruang pejabat di tingkat empat bangunan Wisma Tani di Jalan Sultan Salahuddin, Kampung Padang Merbok, di sini terbakar petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada 6.28 petang.
Katanya, seramai 55 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Titiwangsa, Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Cheras digerakkan ke lokasi.

“Setibanya bomba di lokasi, kebakaran melibatkan ruang pejabat di tingkat empat bangunan berkeluasan 2,400 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan.
Api marak yang menyebabkan keseluruhan ruang pejabat itu terbakar berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11 malam.

Tiada sebarang nahas dalam kebakaran tersebut dan Unit Forensik sedang mengenal pasti punca kejadian.

UTAMABERITARuang pejabat Wisma Tani terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium