31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Rule of Law: Mahathir berani keluar kenyataan terhadap Raja-Raja Melayu, kes macai PH periksa polis senyap?

RULE of law iaitu kedaulatan undang-undang, prinsip penting dalam pemerintahan sesebuah negara demokrasi.

Antara intipatinya semua orang tertakluk kepada undang-undang dan dikuatkuasakan tanpa mengira sama ada rakyat, pemerintah mahu pun kerabat raja. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal ini.

Lawan kepada rule of law adalah law of the jungle. Di rimba, siapa kuat dia adalah betul. Gambarannya boleh dilihat dalam keadaan negara yang kacau bilau seperti ketika konflik politik di Afghanistan yang diperintah Taliban, Mesir, Amerika Tengah dan sebagainya suatu masa dulu.

Ketika itu orang ramai mengambil tindakan sendiri, bukan berdasarkan undang-undang tetapi apa yang dirasakan perlu. Ditahannya orang dan kenderaan awam sesuka hati.

Namun dalam negara bernama Malaysia, tidak boleh sama sekali wujud senario tersebut. Melihat peragut melakukan jenayah depan mata pun harus diserahkan kepada pihak polis untuk bertindak.

Orang ramai hanya boleh melakukan tangkapan awam kerana salah untuk ‘mengajar’ peragut berkenaan memandangkan Malaysia berpaksikan rule of law.

Namun melihat klip video sebuah kereta peronda polis diperiksa oleh sekumpulan penyokong memakai baju Pakatan Pakatan Harapan (PH) yang tular sejak semalam mengundang seribu pertanyaan, siapa polis? Undang-undang di tangan siapa?

Ini rule of law atau law of the jungle. Benda salah ini harus disusuli dengan kenyataan tegas Peguam Negara (AG) selaku pelindung kepentingan rakyat agar jangan ada isyarat salah seolah-olah boleh melakukan apa sahaja.

Apa yang berlaku ini jangan dipandang mudah apatah lagi dibiarkan berulang. Selain polis yang kini memburu lelaki terbabit, sama-sama juga menanti kenyataan AG dan Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

LIHAT video: https://youtu.be/hWy0cA4lO90

Rujukan:
[Video] Macai PH tak hormat anggota keselamatan #PRKRantau
https://pakdin.my/video-macai-ph-tak-hormat-anggota-keselamatan-prkrantau/

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Komen

  1. Sy sunggu tak percaya bila melihat video di FB ini, betapa besarnya kuasa orang2 PH ini dari polis diRaja Malaysia seakan-akan undang2 di tangan mereka Masyallah.. Kepada pihak PDRM ambil lah tindakan yg sewajarnya..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...