Monday - July 26, 2021 @ 00:33
BERITARumah Kekal: JKR Jawab Tohmahan Harakah - Negeri Lambat Memberi Tanah

Rumah Kekal: JKR Jawab Tohmahan Harakah – Negeri Lambat Memberi Tanah

rumah-kekal-mangsa-banjir-galas

Jabatan Kerja Raya (JKR) menyangkal tohmahan akhbar tabloid Harakah dalam ruangan Fokusnya yang bertajuk “Peruntukan Pusat Besar, Rumah Dibina Perlahan”.

JKR berkata kelewatan yang didakwa oleh lidah rasmi PAS itu dalam terbitan 17-20 Ogos 2015 sebenarnya kerana Kerajaan Negeri lambat memberi tanah untuk membina rumah.

Dalam satu kenyataan Selasa, JKR berkata peruntukan bukan isunya, tetapi masalah timbul sebab tanah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Sehingga 10 Ogos tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah diberi tanggungjawab untuk membina 1,255 daripada 1,827 jumlah unit di Kelantan, dan bakinya oleh Kerajaan Negeri.

Pembinaan membabitkan empat jajahan – Gua Musang (185 unit), Kuala Krai (1,028), Tanah Merah (30) dan Machang (12).

Menurut kenyataan itu, jumlah dalam peringkat pembinaan, iaitu prabina dan bina adalah 387 unit, manakala 58 unit telah siap dan diserah.

Jumlah tersebut telah dibina secara berperingkat mengikut pemberian tanah dan pengesahan tapak oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah, kata JKR.

Katanya masih terdapat 810 tapak yang belum dimuktamadkan pengesahan tapak bergeran milik atau diberikan tapak baru berkelompok oleh kerajaan negeri, iaitu sebanyak 76 unit di Gua Musang dan 734 di Kuala Krai.

“Tanpa pengesahan tapak dan pemberian tanah baru berkelompok oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan tidak dapat membina rumah berdasarkan angka atau bilangan yang dipersetujui.

“Peruntukan untuk membina rumah tidak pernah menjadi persoalan, namun tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan kelewatan pemberian atau pengesahannya adalah punca kelewatan pembinaan,” kata JKR.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here