30.6 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol

Rumah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Seksyen 19 Shah Alam dilempar bom petrol kira-kira pukul 12.30 malam Isnin.

Menurut anak Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 23, kejadian berkenaan dipercayai dilakukan dua remaja lelaki.

“Mereka kelihatan seperti pelajar sekolah. Kedua-dua mereka hadir tanpa menaiki sebarang kenderaan.

“Bom petrol berkenaan dilempar mengenai pintu pagar hadapan rumah,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ahmad Saiful, remaja berkenaan melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh jiran.

Pihak polis tiba ditempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Tambah Ahmad Saiful lagi, ketika kejadian hanya kakaknya, Nurul Huda Mohamad, 28, berada di rumah.

Polis telah mengesahkan mengenai kajadian tersebut.

Artikel sebelum iniKEMALANGAN MAUT DI PUTRAJAYA
Artikel seterusnyaMat Sabu akan didakwa esok

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.