Rumah terbakar – keriangan 3 keluarga menyambut Syawal menjadi duka [Video] - pakdin.my

KOTA BHARU – Keriangan menyambut Syawal dengan suka dan tawa telah bertukar menjadi duka bagi tiga buah keluarga di Lorong Haji Kadir, Batu 2 Jalan Kuala Krai Kota Bharu apabila rumah yang didiami habis musnah dijilat api dalam kebakaran yang turut melibatkan sebuah stor menyimpan barang – barang runcit.

Anggota Mpv KN 47 dan KN 366, Anggota Balai Polis Kota Bharu serta Anggota Polis Trafik Kota Bharu yang sedang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri turut membantu Pasukan Bomba dan Penyelamat memadam api kebakaran daripada merebak serta mengawal keadaan lalulintas di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kesemua keluarga dapat dipindah dan diselamatkan. Salam takziah diucapkan kepada semua yang terlibat.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/sr4Q6hL8nu0

 

https://pakdin.my/category/berita/nahas-bencana/

UTAMABERITARumah terbakar - keriangan 3 keluarga menyambut Syawal menjadi duka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium