Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Rumah Terbengkalai – Janji Kerajaan Selangor Tinggal Janji

Janji tinggal janji

Apabila kerajaan Selangor mengumumkan projek perumahan terbengkalai sebagai 6 fokus utamanya pada 2009, ribuan pembeli rumah malang di seluruh negeri itu menarik nafas lega.

Masalah mereka kononnya mendapat harapan baru.

Namun janji hanya tinggal janji, apabila peruntukan RM 5 billion belum menampakkan hasil.

Tiang rumah masih tinggal tiang, belukar semakin tebal dan bank masih mengejar pembeli, menjadikan mereka rimas.

Kami di Aduan Rakyat dihujani aduan pembeli yang mahukan pembelaan seperti yang telah dijanji.

Ikuti laporan ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 50,000 unit rumah terbengkalai membabitkan 141 projek perumahan di Selangor.

Sekaligus  50,000 keluarga yang merana angkara projek perumahan yang tidak siap walaupun bayaran balik pinjaman bank sudah bermula.

Lebih terbeban, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sedang didiami.

Pengumuman Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk membaik pulih projek terbengkalai pada awalnya membangkitkan harapan.

Namun sejak ia diumumkan pada 2009 lalu, janji hanya tinggal janji.

Pembeli rumah Projek Perumahan Tradisi Indah di Port Klang ini antara  yang tertanya-tanya.

Rumah yang sudah dibeli sejak 2003 masih belum bertukar wajah.

Sebaliknya, ia menjadi sarang jenayah dan maksiat.

Zulkifli Abu Kassim, Pembeli: “Bila saya masuk rumah saya, saya tengok ada tilam, ada kondom. Kalau rumah kita dijadikan sarang maksiat, siapa tak kecewa?”

Berkali-kali rayuan dihantar kepada kerajaan negeri untuk menjenguk nasib mereka , namun tiada jawapan.

Rahmah Abu Bakar, Pembeli: “Kalau MB turun sekejap pun, kami akan rasa puas hati. Exco perumahan pun boleh turun. Kenapa tak tak turun? Kalau MB susah, exco pun boleh turun.”

Zakiah Norman, Pembeli: “Tolong datang tengok, jangan buat tak tahu sahaja. Tengok dalam LCD, plasma. Datang tengok rumah kami. Macamana? Kami sendiri dah tak lalu lah.”

Yang pasti, kerajaan Selangor dilabel hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan janji.

Zaidin Akbar Md. Said, Pembeli: “Apabila datang sahaja kerajaan baru, bawa hasrat dan misi untuk bantu rakyat seolah bawa satu kuasa baru untuk saya. Mengharapkan kerajaan bantu atasi apa yang berlaku. Tapi sehingga sekarang, tak ada sebarang perubahan, tak ada sebarang tindakan untuk tangani masalah projek terbengkalai.”

Dr. Mohamed Rafick Khan, Presiden Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia: “Di Selangor, harapan rakyat bahawa kerajaan negeri yang baru jangkakan kelainan dan harapan tu ada kelainanya, tetapi ianya tidak nampak.”

Di satu pihak lagi, ketelusan kerajaan negeri dalam memberi keutamaan usaha membaik pulih projek perumahan turut dipersoal.

Projek yang dibaik pulih sebenarnya didakwa mempunyai unsur pilih kasih dan bukan berdasarkan keperluan rakyat.

Prof. Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan SPNB: “Kita lihat memang kerajaan negeri Selangor buat perumahan berkualiti, mampu milik, untuk siapkan rumah terbengkalai. Tetapi masih tak menjawab kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pemaju swasta seperti kami untuk selesaikan perumahan yang sedang hadapi masalah yang libatkan tanggungjawab mereka.”

Yang dimaksudkan Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB, projek perumahan Alam Prima di Shah Alam dan Bandar Alam Perdana di Ijok yang masih belum mendapat sijil layak menduduki, kerana masalah di pihak kerajaan negeri.

Dan jawapan exco bertanggungjawab pula, tidak semua projek perumahan yang boleh disiapkan dalam tempoh pendek.

Pihak exco turut menafikan ada projek perumahan yang diabai seperti yang didakwa pembeli.

Ir. Iskandar Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor: “Mungkin kita tengok tapi dia tak ada, tapi memang dah kita tengok. Kesemua 144 memang ada checklist dia dan apa masalahnya.”

Masalah perumahan terbengkalai pada umumnya di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Namun, laporan tadi memberi fokus kepada kerajaan negeri, kerana janji yang dibuat apabila mengambil-alih Selangor pada pada 2008.

Sehingga kini, nasib mereka tetap sama.

Berkaitan