RUMAWIP Residensi SkyAwani – Baru Kahwin Sudah Dapat Anak? - pakdin.my

Ini satu contoh posting yang dibuat oleh pentadbir (admin) atau orang ketiga selain tuan punya akaun. Ini menunjukkan Menteri Wilayah pun sudah menggunakan cytro-cytro berbayar untuk mengemaskini posting akaun peribadi beliau. Mana pernah tuan punya akaun akan menulis “oleh YB Tuan Hj Menteri Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah … ”
Tengok sini: https://twitter.com/KhalidSamad/status/1030711851791917056?s=19

Kebiasaannya tuan punya akaun peribadi akan menulis “saya hadir di Majlis bla bla bla” atau “saya menyerahkan kunci rumah di Majlis bla bla bla bla”. Ini ayat formal sangat. Kurang pengalaman lagi pentadbir Facebook Menteri ini. Sayugia diingatkan ini adalah akaun official peribadi dan bukan akaun ketiga.

Kedua, Khalid Samad menyatakan projek RUMAWIP yang telah disiapkan 6 bulan (sebelum PH) lebih awal dari jadual adalah inisiatif kerajaan PH utk kesejahteraan Rakyat Wilayah Persekutuan. Takkan baru 3 bulan perintah dah siap projek perumahan 6 bulan lebih awal?

Kerajaan Pakatan Harapan baru 102 hari memerintah. Mana mungkin hari ini berkahwin, selepas 102 hari dapat anak? Bukankah ini hasil kerja kuat Kerajaan terdahulu? Takkan YBM Menteri hendak mengambil kredit sahaja? Lembu punya susu, sapi yang punya nama?

UTAMAPOLITIKRUMAWIP Residensi SkyAwani - Baru Kahwin Sudah Dapat Anak?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium