31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Rundingan kerusi untuk PRN Sabah sukar, masing-masing ingat dia kuat

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata rundingan pengagihan kerusi dengan parti pembangkang di negeri itu terbukti sukar menjelang Pilihan Raya Negeri bulan depan.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin parti itu berazam menyelesaikannya dan berharap dapat memuktamadkan rundingan dalam 2 hari lagi supaya mereka mempunyai peluang baik pada PRN Sabah.

“Rundingan masih berjalan, ia sangat sukar,” katanya sebelum perjumpaan pemimpin pembangkang negeri dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

“Akhirnya, kita perlu mencari satu penyelesaian, itu saja. Adakah terdapat pilihan lain? Untuk menang kita perlu bekerjasama.

“Semua orang merasakan diri kuat. Setiap parti dan pembangkang fikir mereka boleh memenangi kawasan itu, semua orang dakwa mereka boleh menang. Itu petanda baik, tetapi sekarang sukar untuk menentukan siapa yang akan bertanding kerusi mana.”

Bung, pengarah jentera pilihan raya Barisan Nasional Sabah, berkata BN akan menggunakan lambang dacing untuk PRN walaupun ada yang berkata Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah akan menggunakan lambang sendiri pada 26 Sept nanti.

“Tiada masalah, selagi kita tidak bertanding menentang satu sama lain,” katanya ketika ditanya jika beliau mempunyai sebarang masalah dengan parti pembangkang tidak menggunakan lambang sama.

“Ia adalah okey.”

Mengenai calon ketua menteri, Bung berkata, mereka sedang menumpukan perhatian untuk memenangi PRN.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 Sept ini.

Umno Sabah bersama MCA dan PBRS berada dalam BN, manakala PN terdiri daripada PPBM Sabah, STAR serta SAPP, dengan PBS dan PAS ialah sekutu PN di negeri itu.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...