#CerobohSabah: Rundingan Sudah Tamat, Kumpulan Warga Filipina Dalam Proses Dihantar Pulang – Polis - pakdin.my

Tentera Kesultanan Sulu
Tentera Kesultanan Sulu

KOTA KINABALU — Polis kini dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.

“Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.

“Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jesseltion Point, di sini, Sabtu.

Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin.

Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.

UTAMABERITASABAH#CerobohSabah: Rundingan Sudah Tamat, Kumpulan Warga Filipina Dalam Proses Dihantar Pulang -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium