25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

[Video] Runtuhan binaan SUKE: Lima mangsa disyaki terperangkap

Sebahagian pembinaan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Apartment Desa Tasik dari arah Pandan Indah menghala ke Ampang dilaporkan runtuh akibat kejadian kemalangan sebentar tadi.

Runtuhan tersebut menyebabkan sebuah kenderaan kemalangan disyaki terperangkap bersama lima mangsa bagaimanapun keadaan mangsa belum dapat dipastikan.

Pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi.

Terdahulu, kejadian hampir sama pernah berlaku 19 September tahun lalu menyebabkan seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh lalu menghempap kereta yang sedang dipandunya di MRR2.

Ekoran kejadian itu, keretanya remuk teruk dan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kirinya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.