30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Rupanya, free tol sudah menjadi free mimpi

Adalah tidak patut untuk Menteri Kerja Raya menyatakan di Parlimen pagi ini bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana kerajaan PH tidak akan menghapuskan tol atau membina lebuhraya tanpa tol.

Jika seorang menteri BN dari kerajaan dahulu berkata seumpama iaitu rakyat boleh terus mimpi, kemungkinan besar Kit Siang sudah keluarkan sekurang-kurangnya 10 kenyataan akhbar untuk menghentam BN dan kemudiannya tak pasal pasal melibatkan saya dan menggunakan perkataan kleptokrasi berpuluh kali.

PH sudahpun memperdaya pengundi mereka kerana gagal memenuhi manifesto, tetapi tak perlulah memperlekeh akal pengundi.

Ketika saya Perdana Menteri, saya berjaya menghapuskan beberapa tol pada masa ke semasa kita berupaya, membantu Sarawak menghapuskan semua tol pada 2016, menghalang sebarang kenaikan tol di lebuhraya dimiliki PLUS dan mebina lebuhraya baru bebas tol seperti Central Spine Road (CSR) dan lebuhraya Pan-Borneo. Mengapa PH tidak dapat melakukan sedemikian?

Jika kerajaan PH tak mampu tunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan tol, sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan kadar tol.

Najib Razak

……….
https://pakdin.my/tag/lebuhraya

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..