Sabah Miliki 23 Klinik 1Malaysia – Liew Vui Keong - pakdin.my

Klinik_1MalaysiaSANDAKAN  — Sebanyak 23 Klinik 1Malaysia (K1M) beroperasi di Sabah setakat ini termasuk dua di daerah ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Katanya kewujudan K1M Bandar Letat dan K1M Taman Seletar yang masing-masing beroperasi sejak September dan November lepas, bukan sahaja mengurangkan beban klinik sedia ada, tetapi juga memudahkan pesakit yang tidak perlu menunggu lama.

Sebuah lagi K1M akan dibuka di Bandar Labuk Batu 7 di sini yang dijadual beroperasi sebelum Jun ini, katanya ketika merasmikan K1M Bandar Letat, di sini Sabtu.

Menurut Liew, penubuhan K1M bergantung kepada beberapa kriteria antaranya kepadatan penduduk dan bilangan penduduk berpendapatan rendah.

Warga emas berstatus warganegara diberi pemeriksaan percuma di semua K1M, manakala bagi peringkat usia lain dikenakan RM1 dan RM15 untuk pesakit bukan warganegara, katanya.

UTAMABERITASabah Miliki 23 Klinik 1Malaysia - Liew Vui Keong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium