Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir – Madius Tangau UPKO - pakdin.my

Sabah tidak akan melupakan Mahathir kerana Projek IC-nya yang telah menyebabkan kerosakan kekal kepada negara ini.

Kenyataan Media Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Presiden UPKO

Tun Mahathir berjanji untuk kurangkan sebanyak 5 juta orang pekerja asing jika mereka menang.

Kini, terdapat lebih kurang 500,000 orang rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai penganggur, maka negara ini akan mengalami kekurangan tenaga kerja seramai 4.5 juta orang sekiranya ini berlaku.

Tambahan pula, tiada sebarang jaminan bahawa penduduk tempatan akan mahu dan sanggup untuk mengambil alih pekerjaan-pekerjaan yang dikelaskan sebagai pekerjaan yang kotor, berbahaya atau sukar, yang dikosongkan oleh pekerja asing tersebut.

Jadi pada pandangan saya, ini hanyalah sebuah janji-janji yang populis yang mana PPBM tidak mempunyai strategi sebenar tentang bagaimana ianya ingin mereka dipenuhi.

Walau bagaimanapun, saya mengharapkan agar idea Tun Mahathir untuk menggantikan kekurangan pekerja yang seramai 4.5 juta orang ini bukanlah dengan melaksanakan pula ‘Projek IC 2.0’ dan memberi kewarganegaraan Malaysia kepada pekerja-pekerja asing tersebut.

Sabah tidak akan melupakan Mahathir kerana Projek IC-nya yang telah menyebabkan kerosakan kekal kepada negara ini.

Beliau tidak pernah meminta maaf atas perkara ini dan tidak pun berhasrat berbuat demikian.

Ucapannya dalam AGM PPBM sebelum ini tidak menjelaskan bagaimana dia ingin membaiki kerosakan tersebut.

Malah, ucapannya tidak menyentuh isu Sabah dan Sarawak sama sekali! Sama seperti bagaimana dia mengabaikan kami ketika dia PM.

Kelihatannya seolah trend Mahathir yang melayan Sabah dan Sarawak seperti anak yatim yang tidak diingini berterusan bila berkuasa Untuk itu, rakyat Sabah wajar menolak Mahathir dan sekutunya di Sabah – DAP, PKR dan Warisan.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Presiden UPKO

sabahkini2.com

UTAMABERITASabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir - Madius Tangau UPKO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium