Sabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung - pakdin.my

Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail

Lembaga Disiplin Umno pada Khamis mengumumkan pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata yang dipecat ialah Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah manakala yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan ialah Haji Nisfu Haji Palah.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Empat ahli Umno yang lain dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis juga didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Mereka ialah Syed Atif Syed Abu Bakar (Arau), Yaacob Man (Padang Besar), Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar) dan Abdul Halim Abdullah Sunny (Arau).

UTAMAPOLITIKSabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium