25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Saddiq mengakui selama ini dia mengamal dan bersekongkol dengan politik wang?

Mungkin selama ini beliau pernah bergelumang dengan politik wang dan sekarang Alhamdulillah sudah insaf.
Atau mungkin dulu ada banyak wang dan sekarang sudah tiada wang untuk digunakan dalam berpolitik.

……………

Syed Saddiq mahu tamat politik wang

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau tidak menyertai Pejuang kerana mahu memperkasakan golongan muda dan mempromosikan Malaysia yang lebih berbilang kaum.

Beliau baru-baru ini mengesahkan akan menubuhkan parti yang menumpukan pada belia, bukannya menyertai parti baru Dr Mahathir Mohamad, Pejuang.

Dalam temubual dengan Malaysiakini, beliau berkata menamatkan politik wang adalah antara tujuan partinya, dan juga untuk memecahkan status quo politik serta memberi lebih suara kepada golongan muda.

“Saya akan sentiasa menghormati Mahathir tetapi saya rasa sudah tiba masanya kita mencipta dan memanfaatkan tenaga Malaysia yang berbilang kaum dan kepelbagaian yang ada.

“Saya sudah memberitahu beliau (Mahathir) dan kepemimpinan Pejuang mengenai keputusan saya untuk tidak menyertai parti itu dan sebabnya. Saya doakan yang terbaik buat mereka semua,” katanya.

Syed Saddiq adalah ketua Pemuda PPBM dan menteri belia dan sukan sehingga pergolakan dalaman PPBM menyebabkannya keluar parti itu bersama Mahathir dan ahli Parlimen lain.

Dalam temubual itu, beliau turut menyentuh waktunya dalam parti itu membuka mata mengenai dana politik.

Beliau berkata, Pemuda PPBM memperoleh dana melalui sumbangan orang ramai dan derma sebelum pilihan raya umum 2018, selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya, dana korporat menjadi kebiasaan.

“Bagaimanapun, pasca pilihan raya, bila kita tidak mengubah budaya politik wang, ketika itulah (anda mempunyai) perbincangan (bagaimana) syarikat ini adalah yang perlu kita temui dan inilah cara anda melakukannya,” katanya.

“Ada struktur penama yang dapat didorong, ada struktur kontrak dan ada banyak hal lain … Tanpa perubahan besar, (perkara) ia akan sama,” katanya sambil menambah bagaimana bahagian PPBM akan “meminta” untuk sumbangan daripada parti setiap bulan.

Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar berkata, perjuangannya mungkin perlu dibayar. “Saya mungkin kehilangan kerusi. Saya mungkin kehilangan segalanya,” katanya.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan