Sah ECRL dibatalkan tapi masih nak berdolak dalik - pakdin.my

Jika surat Malaysia Rail Link Sdn Bhd kepada CCCC benar, maka ia jelas menunjukkan persetujuan penamatan kontrak pembinaan ECRL telah dibuat pada Ogos 2018 lagi.

Jika anda baca para 4 surat ini jelas menunjukkan kedua-dua pemimpin negara sudah mencapai persetujuan membatalkan pembinaan ECRL pada Ogos 2018.

Jika anda baca para 5, rupanya antara faktor ECRL dibatalkan ialah kerana ia menjadi tumpuan selepas dituduh terkait skandal 1MDB.

Siapa yang membuat tuduhan tersebut? Kerajaan hari ini.

Jadi apakah salah satu sebab mahu membatalkannya ialah untuk membuktikan tuduhan mereka dahulu benar?

Pembatalan juga sangat jelas apabila CCCC telah pun menghantar jumlah pampasan yang perlu dibayar.
[adinserter block=”1″]
Jadi adalah sangat membingungkan bila kerajaan boleh menafikan pembatalan ECRL yang telah diputuskan dalam mesyuarat pemimpin kedua-dua negara.

Setakat ini hanya Azmin Ali konsisten mengatakan ECRL telah batal.

Dr Mahathir dan Lim Guan Eng berdolak dalih antara garis belum batal dan tidak tahu.

Lebih bingung Guan Eng tidak tahu dia tandatangan surat pembatalan ECRL.

Oleh: Ab Jalil Backer

Rujukan:
ECRL: Guan Eng hilang ingatan, surat pembatalan sudah 10 hari di keluarkan Menteri kabinet PH masih berpusing-pusing
https://pakdin.my/ecrl-guan-eng-hilang-ingatan-surat-pembatalan-sudah-10-hari-di-keluarkan-menteri-kabinet-ph-masih-berpusing-pusing/

UTAMAPOLITIKSah ECRL dibatalkan tapi masih nak berdolak dalik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium