24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Sah Sungai Siput kekal kerusi MIC, Palanivel disebut calon paling sesuai…

AGENDADAILY : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir mengesahkan kawasan Parlimen Sungai Siput kekal milik MIC walaupun parti tersebut tewas di kerusi tradisinya dalam pilihanraya umum ke 12 lalu. Tetapi soalnya siapakah yang bakal diturunkan oleh BN untuk merampas semula kawasan parlimen Sungai Siput setelah hampir sepenggal dipegang pembangkang?

Juga yang pasti, mantan Presiden MIC yang yang jadi calon ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu tidak akan menjadi calon BN di situ lagi.

Samy sudahpun bersara sepenuhnya dari aktif berpolitik. Kekalahan Samy yang menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan sejak 1974 lagi memberi tamparan hebat kepada BN dan MIC.

Kekalahannya masih menjadi bahan cakap sehingga ke hari ini.

Calon yang diberi gelaran giant killer yang berjaya mengalahkan Samy dikubunya, Dr.Michael Jeyakumar bertanding atas tiket PKR merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia, salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Sejak itu usaha memulihkan semula pengaruh MIC bukan saja dibuat oleh MIC bahkan mendapat sokongan UMNO bahagian Sungai Siput yang diterajui Ketuanya, Datuk Zulkifli Haron.

Dr.Zambry ketika mengesahkan hal ini baru-baru ini bagaimanapun enggan menyentoh soal siapa yang bakal menjadi calon di kawasan itu.


Beliau yang juga Pengerusi BN negeri itu menyerahkan soal pemilihan calon Sungai Siput kepada pucuk pimpinan.

MIC Sungai Siput cuba memberi laluan kepada Presidennya Datuk Seri G.Palanivel yang juga Menteri Dijabatan Perdana Menteri bertanding menebus maruah MIC.

Walau bagaimanapun sejak isu ini diperdebatkan, Palanivel enggan mengesah atau menafikan bahawa beliau bakal beralih dari Selangor ke Perak iaitu dari Hulu Selangor ke Sungai Siput pula.

Untuk rekod Palanivel tewas di Hulu Selangor pada PRU ke12 ditangan mantan Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad dengan kelebihan undi tipis, 198 undi.

Dalam pilihanraya umum ke11, Palanivel berjaya memenangi kawasan parlimen itu dengan undi majority, 14,483.

Maruah MIC berjaya ditebus semula ekoran kematian Dr.Zainal apabila dalam pilihanraya kecil, calon BN (dari MIC) P.Kamalanathan mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dengan mendapat 24,997 undi berbanding, Zaid, 23,272 undi.

Calon BN dari MIC itu mendapat undi majority 1,725 undi.

Kamal, nama jolokan “Melayunya” merupakan calon favorit setelah berjaya merampas semula Hulu Selangor dan dia dikatakan dalam pertimbangan untuk dikekalkan.

Untuk rekod juga UMNO bahagian tidak pernah mencadangkan agar kerusi parlimen Sungai Siput menjadi milik UMNO kerana semata-mata berasaskan kedudukan pengundi Melayu mengatasi jumlah pengundi India.


Ia kerusi tradisi milik MIC dan akan kekal macam itu.

Bagi Dr. Zambry semua pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana telah dipersetujui dari dulu lagi kerusi Parlimen Sungai Siput milik MIC.

Walaupun demikian Menteri Besar berkata “terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menyelesaikannya, yang paling penting kita kena pastikan calon itu menang.’’

zamry350

zamry350Dr.Zambry juga mengesahkan DUN Lintang kekal milik UMNO manakala, Jalong juga kekal menjadi milik Gerakan.

Dalam bulan April lalu, Palanivel dalam satu kenyataan media yakin MIC akan merampas semula Sungai Siput.

Beliau juga yakin empat lagi DUN yang diperuntukan kepada MIC di Perak akan dapat dimenangi parti komponen BN berkenaan.

Beliau berpuas hati dengan jentera MIC negeri dalam menghadapi PRU ke13 kelak.

Walaupun MIC Sungai Siput ada calon sendiri jika Palanivel enggan menjadi calon di kawasan berkenaan, isu ini hampir mengheret kontroversi.


Mantan Ketua Pemuda MIC Sungai Siput K.Manimaran pernah mencadangkan kerusi parlimen itu diserahkan kepada UMNO. Berita ini mendapat perhatian sebuah akhbar berbahasa tamil.

Namun Ganesan segera menangkis dengan membidas cadangan yang dianjurkan Manimaran.

Macam yang dikatakan Ketua MIC bahagian R.Ganesan,”kita menjemput dan mengalu-alukan Palanivel bertanding kerusi ini.”

Menurutnya rakyat Perak khusus penduduk di sini akan menikmati pelbagai manfaat terutama dalam aspek pendidikan dan infrastruktur ditambah pula jika Palanivel dipilih sebagai menteri kanan dalam cabinet.”

Bagi Ganesan, sokongan kepada Palanivel sebagai calon bukan saja mendapat sokongan MIC bahkan ia turut diberi sokongan komponen BN seperti UMNO,MCA, Gerakan, PPP dan juga IPF dan Makkal Sakthi.

Ganesan menafikan UMNO pernah meminta kerusi berkenaan.”UMNO tidak pernah meminta kerusi ini daripada MIC, begitu juga parti komponen lain. Jangan beri kenyatan seperti ini lagi.”-4/9/2012 OLEH YUSOF HARUN

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..