Saham FGV: Azmin Ali menipu rakyat

Skill Azmin Ali angkat bakul dengan cara menipu RAYKAT boleh tahan power.

Harga saham FGV untuk bulan-bulan sebelum PRU14 adalah sekitar RM1.80 hingga RM2.15.

Lepas PRU14, harga jatuh ke 62 sen sebelum memulih ke RM1.31 hari ini.

Azmin pun puji sendiri kata kenaikan 100% ini adalah bukti pentadbiran yang cekap, telus dan berkesan. [1]

Sendiri jatuhkan harga saham. Bila memulih sedikit, sendiri puji sendiri cekap, telus dan berkesan.

Padahal harga hari ini masih sekitar 30% di bawah harga sebelum PRU14.

Dia nak tipu RAYKAT dengan Haziq, bolehlah.

Tapi Rakyat biasa tahu bahawa FGV masih mengalami kerugian teruk pada masa ini.

28 Nov 2019: “Kerugian bersih suku ke-3 FGV berkurangan kepada RM262.41 juta” [2]

Sejak disenaraikan, FGV tidak pernah mengalami kerugian tahunan. [3]

Suku pertama tahun 2018 sebelum PRU14, FGV masih mencatat keuntungan.

“FGV catat keuntungan suku pertama 2018” [4]

Tetapi selepas PRU14 pula, FGV mengalami kerugian untuk tempoh 7 suku tahun berturut-turut sehingga kini.

Rujukan:
[1] Facebook Azmin Ali https://www.facebook.com/668026816595001/posts/2713142792083383?d=n&sfns=mo

[2] Kerugian bersih suku ke-3 FGV berkurangan kepada RM262.41 juta http://bernama.com/bm/news.php?id=1794304

[3] FGV Tidak Pernah Mengalami Kerugian Walau Satu Tahun Sejak Penyenaraian
https://pakdin.my/fgv-tidak-pernah-mengalami-kerugian-walau-satu-tahun-sejak-penyenaraian/

[4] FGV catat keuntungan suku pertama 2018
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/50528